Saturday, February 11, 2017

TIPS TIPS PERCUTIAN

TIPS-TIPS PERCUTIAN




1. Bercuti di waktu off-peak season. Harga tempahan bilik dan penerbangan semasa musim cuti sekolah, cuti perayaan atau hujung minggu lazimnya lebih tinggi. Ia digelar waktu ‘peak season’ atau waktu puncak. Untuk perjalanan lebih menguntungkan, pilih waktu bukan puncak (off-peak season). Kurang mahal malah tidak perlu menempuhi kesesakan lalu lintas!


2. Pembelian tiket penerbangan paling murah antara hari Selasa dan Rabu. Ini kerana tidak ramai penumpang yang terbang pada hari- hari berkenaan. Hari Isnin masih mengekalkan harga yang tinggi kerana kebanyakan orang mempunyai urusan kerja di mana-mana negeri pada hari itu. Kemudian mereka akan pulang selepas beberapa hari, kebiasaannya hari Khamis atau Jumaat. Seterusnya hujung minggu adalah waktu puncak.
3. Cuba aktiviti masyarakat tempatan. Lain tempat, lain adat dan budaya mereka.  Jadi inilah peluang kita untuk mencuba perkara baru dan mempelajari budaya-budaya masyarakat setempat. Contohnya mencuba mee kolok di Sarawak, belajar seni warisan tekat di Perak, belajar berenang seperti Bajau Laut atau mencuba gaya hidup masyarakat Orang Asli di Pahang. Keseronokan dialami pasti membuatkan anda tidak putus-putus ingin melancong di sekitar negara. Pengalaman unik ini pasti tidak dilupakan!
4. Sediakan itinerari sebelum melancong ke luar negara .Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana.Itinerari juga  sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen . Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.
5. Bawalah ubat dan simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan.Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.
6. Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming. Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bill yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu. Wsap juga menguntungkan kerana kita boleh buat call dengan percuma . Menurut rakan-rakan saya negara  seperti Korea Selatan wifi ada di mana sahaja.
7. Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang di jangkakan di laman web ramalan cuaca kerana ia memberikan kita signal berjaga-jaga.
8. Penggunaan wang tunai. Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.
9. Tempahan awal. Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
10. Tentukan Tempat Percutian. Langkah pertama, kita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan lokasi mana yang dianggap sesuai. 


No comments:

Post a Comment