Sunday, February 19, 2017

30 REAL LIFE TIPS MELANCONG...

1. KESABARAN ADALAH PENTING

·         Janganlah risau atau mengeluh di atas perkara yang kita tidak dapat kawal. Hidup ini terlalu singkat untuk marah marah.
·         Terlepas bas anda? Jangan bimbang, tunggu satu lagi.
·         ATM kehabisan wang? Bagus! Terokai perjalanan yang tidak dirancang ke bandar atau tempat seterusnya.
·         Kadang-kadang perkara yang tidak disangka akan berlaku tanpa di duga.


Tarik nafas dalam dalam dan ingatkan diri anda bahawa ia boleh menjadi lebih buruk lagi.

2. BANGUN AWAL
·         Bangun pada waktu fajar untuk mendapatkan tarikan terbaik kepada diri sendiri sambil mengelakkan orang ramai.
·         Ia juga merupakan masa yang ajaib untuk mengambil gambar kerana cahaya yang lembut, dan biasanya lebih mudah untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan.
·         Kawasan yang agak samar juga kurang bahaya pada waktu pagi. Orang yang rajin ​​bangun awal; ulat-ulat, penipu dan penjenayah tengah lena tidur.

3. KETAWA KEPADA DIRI SENDIRI
·         Anda mungkin kelihatan seperti orang bodoh apabila berjalan ke tempat-tempat baru.
·         Daripada merasa malu, ketawalah pada diri sendiri.
·         Jangan takut untuk membuat kesilapan, dan janganlah mengambil kehidupan terlalu serius.
·         Ada satu ketika, sebuah bas yang penuh dengan penumpang ketawa besar apabila pemandu dipaksa untuk berhenti bas untuk membolehkan seorang kencing di tepi jalan raya. Dah naik bas semula semua penumpang ketawa dan sekali gus menjadi teman baru sepanjang perjalanan.

4. SIMPAN WANG TUNAI LEBIH
·         ‘Cash is King’ di mana mana pun. Untuk membantu anda dalam kecemasan, pastikan untuk simpan duit cash di beberapa tempat yang berbeza.
·         Saya cadangkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga ratus dolar.
·         Jika anda kehilangan dompet anda, kad anda tak bolh guna, atau ATM kehabisan wang, anda akan berasa lega ada extra cash.
·         Antara tempat-tempat tersembunyi kegemaran saya termasuklah sarung kaki, di bawah insert dalam kasut, beg peralatan mandian, di sekitar bingkai backpack, malahan dijahit di patch di bag anda.

5. BERINTERAKSI DENGAN RAKYAT TEMPATAN
·         Jadikan satu amalan untuk mengelak pelancong-pelancong lain dari semasa ke semasa sebaliknya mulakan perbualan dengan orang-orang tempatan.
·         Bahasa Inggeris asas digunakan secara meluas di seluruh dunia, jadi berkomunikasi adalah agak mudah dari apa yang anda sangka, terutama apabila anda menggabungkan isyarat tangan dan bahasa badan.
·         Belajar daripada mereka yang tinggal di negara-negara yang anda lawati. Orang tempatan memperkayakan perjalanan anda lebih daripada pemandangan semata-mata.

6. BAWA SEHELAI SCARF
·         Scarf adalah salah satu aksesori pelancongan yang paling amat berguna dengan banyak aplikasi praktikal yang berbeza-beza. Ia baik untuk perlindungan matahari, tuala sementara, membawa barangan, topeng mata dan banyak lagi.
·         Scarf ni banyak sangat kegunaannya.

7. PERHATIKAN KEHIDUPAN HARIAN
·         Jika anda benar-benar mahu mendapatkan ‘feel’ sesuatu tempat itu, saya cadangkan menghabiskan beberapa jam duduk je di sebuah taman atau…
·         Di sudut jalanan yang sibuk bersendirian dan lihat kehidupan seharian yang sedang berlaku di hadapan anda.
·         Relaxkan fikiran anda dan berikan tumpuan kepada perkara-perkara di sekeliling anda.
·         Bau, warna-warna, interaksi sesame manusia dan bunyi-bunyian. Ia adalah satu jenis meditasi - dan anda akan melihat perkara yang anda tidak pernah perasan sebelum ini.

8. PASTIKAN ANDA BACK UP SEGALANYA
·         Seandainya komputer riba anda dicuri, alangkah lega kalau dokumen-dokuman penting dan gambar telah di back up terlebih dahulu (contohnya menggunakan thumb drive).
·         Pastikan anda simpan salinan digital (soft copy) dan fizikal (hard copy) untuk pasport, visa, lesen memandu, sijil kelahiran, kad insurans kesihatan, nombor-nombor penting, dan nombor telefon penting yang diperlukan dalam kes kecemasan.
·         Backup fail & gambar anda pada thumb drive dan atas talian menggunakan perisian seperti ‘BackBlaze’.

9. AMBIL BANYAK GAMBAR
·         Anda mungkin hanya boleh melihat tempat-tempat & bertemu orang-orang sekali dalam seumur hidup anda.
·         Pahatlah ingatan dengan mengambil banyak foto foto.
·         Jangan bimbang kalau anda macam "pelancong". Kita bukannya melancong nak nampak hebat? Orang tak kisah pun.
·         Gambar-gambar adalah cenderamata paling berharga.
·         Gambar adalah free, takde kos apa-apa pun, senang nak berkongsi dengan orang lain, dan tak mengambil ruang dalam beg pun. Cuma ingatlah sebaik sahaja ambil gambar, nikmatilah pemandangan sebenar. Jangan asyik dok di belakang kamera je.

10. PASTI ADA JALAN PENYELESAIAN INSHA ALLAH
·         Tiada yang mustahil. Jika anda menghadapi masalah nak pergi ke sesuatu tempat atau melakukan sesuatu, jangan berputus asa.
·         Anda hanya belum jumpa penyelesaian yang terbaik atau bertemu dengan orangnya lagi.
·         Jangan dengar orang yang berkata tak boleh buat.
·         Cekalkan hati. Banyak kali orang beritahu saya mustahil, tapi saya buat juga dan ternyata boleh.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment